PENGALAMAN HIDUP DI ASRAMA
ASSALAMUAIKUM WARAH MATULLAH HIWABARAKAA TUH
Hari ini saya ingin berkongsi mengenai pengalaman saya yang pernah bersekolah asrama sejak tahun 2015 hingga kini. Tujuan saya menulis entri ini adalah untuk berkongsi kepada para pelajar yang tidak pernah tinggal di asrama dan berhajat untuk masuk ke sekolah berasrama penuh. Pada pendapat saya, bagi ibu bapa yang mempunyai anak anak yang diberi tawaran untuk masuk ke sekolah berasrama penuh. INILAH PELUANGNYA!
KEHIDUPAN DI ASRAMA.
Apabila pertama kali menjejakkan kaki di asrama. Itulah permulaan bagi hidup saya disini. Jadi semua masih kelihatan kekok. Sebenarnya amat bagus sekali tinggal di asrama kerana sejak itulah anak-anak akan mula belajar untuk hidup berdikari. Di asramalah anak akan belajar untuk menguruskan diri, kewangan malah membentuk kematangan diri untuk hidup berjauhan dengan ibu bapa.
PERMULAAN
Pada permulaannya ya, memang amat berat untuk tinggal di asrama kerana mereka masih tidak mampu untuk menyesuaikan diri dengan persekitaran yang baharu. Tetapi percayalah, segalanya akan menjadi normal setelah 2-3 bulan. Pada pendapat saya, mereka yang sudah berdaftar ke asrama tetapi keluar semula adalah sangat rugi kerana diluar sana masih ramai lagi yang mengharapkan peluang untuk masuk ke asrama.Selalunya bagi golongan yang kolot pemikiran pasti mengatakan pelajar yang memasuki ke sekolah asrama pasti akan dibuli. Jadi saya ingin menegaskan bahawa hal ini adalah TIDAK BENAR SAMA SEKALI. Di setiap sekolah asrama pasti mempunyai warden tersendiri. Cuma berdasarkan pengalaman, Warden di MRSM amat menitik beratkan kes buli , jadi ibu bapa perlu beri kepercayaan kepada anak dan pihak sekolah supaya segala urusan berjalan lancar. Jika mereka masih susah untuk membiasakan diri, Berilah mereka dorongan sepenuhnya.
AKADEMIK
Pelajar perlulah berusaha bersungguh sungguh menuntut ilmu kerana bagi saya guru guru sudah berikan semampun mereka untuk membantu anak anak anda. Apabila anak anda tinggal di asrama, pasti mereka akan mudah untuk belajar keranan tiada gangguan yang melalaikan mereka seperti telefon pintar dan permainan video. Walaubagaimanapun ibu bapa perlu sentiasa memantau anak2 anda supaya mereka tidak terlalu lalai kerana tiada golongan yang betul2 mengawal mereka.
ASRAMA
Pada harini pihak sekolah telah mempunyai kesedaran untuk mejaga kebajikan pelajar2. Contohnya MRSM MUAR, mereka telah mengadakan hari terbuka dimana para guru, ibubapa dan pelajar sendiri bertungkus lumus menghias bilik di asrama malah dapat membuatkan anak anda berasa selesa seperti di rumah sendiri.
DISIPLIN
Jadual kehidupan sangat padat,Oleh itu anak2 perlu bijak mengurus masa dengan sebaiknya, Hal ini secara tidak langsung membentuk disiplin dalam diri masing2. Berkaitan dengan menunaikan solat, ibu bapa tidak perlu khuatir lagi kerana hampir kesemua sekolah berasarama mewajibkan pelajarnya untuk solat berjemaah di surau.
PENGALAMAN
Saya percaya, setelah mereka tinggalkan sekolah asrama kelak, pasti mereka tidak akan menyesal bersekolah di sekolah penuh. Malah mereka akan berasa sedih kerana berpisah rakan2 mereka yang sentiasa bersama mereka . Mereka bukan sahaja menjadi pelajar yang cemerlang akademik malah mereka cemerlang dalam pelbagai aspek. Ibu bapa tidak perlu risau lagi apabila berjauhan kerana mereka mampu menyesuaikan diri dimana sahaja mereka berada.
BIASISWA
Kebiasaannya pihak penaja biasiswa pasti mencari pelajar daripada sekolah berasrama penuh. Hal ini membuka peluang yang lebih besar kepada anak anda melanjutkan pelajaran ke peringkat universiti di dalam dan luar negara dengan ditaja sepenuhnya.Contohnya , memandangkan MRSM merupakan bawah MARA, maka mereka akan lebih membuka peluang biasiswa kepada pelajar MRSM .
KESIMPULAN
Sebenarnya banyak lagi benda yang baik terdapat di sekolah asrama ini. Jadi adik2, fikirlah sebaik baiknya kerana ini jugalah merupakan titik permulaan bagi menentukan masa depan anda semua.Nasihat saya, jika anda ingin pergi ke asrama, pergilah dengan RELA HATI dan bukan kerana paksaan ibubapa. KEBAGIAAN hidup di asrama akan datang sendiri jika anda pergi menuntut ilmu dengan seikhlas hati. Sekian Daripada Saya. TERIMA KASIH
*JIKA TERDAPAT PERTANYAAN BERKAITAN ARTIKEL INI BOLEH HUBUNGI SAYA